Trio Britain tiga kali pecah rekod dunia

Trio Britain tiga kali pecah rekod dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Emma Finucane membawa trio Britain untuk meraih pingat emas pertama berbasikal trek Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi acara pecut berpasukan wanita, awal pagi tadi.

Lebih menakjubkan, acara pecut berpasukan itu menyaksikan rekod dunia telah dipecah sebanyak lima kali ketika perlumbaan berlangsung.

Trio Britain dibarisi Finucane, Sophie Capewell dan Katy Marchant mengungguli Velodrom Saint Quentin En Yvelines dengan rekod dunia baharu 45.185 saat (s) mengatasi New Zealand dan Jerman pada perlumbaan itu.

Britain terlebih dahulu memecahkan rekod terdahulu yang dicatat oleh China pada aksi kelayakan dengan catatan 45.472s.

Bagaimanapun, Jerman memecahkan rekod dunia itu sekali lagi dan selang beberapa minit kemudian New Zealand mengatasi catatan terbabit sebelum, Britain kembali memegang rekod dunia terbabit dengan 45.338s.

“Ianya berasa amat luar biasa sepanjang hari ini. Kami hanya melakukan setiap kayuhan dan ianya pantas dan lebih pantas sekali lagi,” kata Capewell.

Finucane yang menjadi bintang sensasi Britain baharu selepas mencuri tumpuan dengan menjuarai acara pecut pada Kejohanan Dunia di Glasgow, tahun lalu.

“Kami berjaya mengungguli perlumbaan final dan saya percaya dengan kemampuan kami untuk melaksanakan perlumbaan dengan cukup sempurna.

“Ianya satu mimpi yang menjadi nyata dan untuk berada di samping mereka ini memang luar biasa,” katanya.

Untuk rekod, ini merupakan pingat emas pertama Britain sejak acara itu ditambah dalam Olimpik London 2012. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN