SYDNEY: Suhu air sekitar Terumbu Sawar Besar di Australia telah mencapai ke tahap paling panas dalam tempoh 400 tahun sekali gus meletakkan terumbu karang terbesar di dunia berada di bawah ancaman, menurut pusat penyelidikan yang diterbitkan pada Khamis.
Terumbu karang merupakan ekosistem hidup terbesar di dunia, terbentang sepanjang 2,400 kilometer (KM) di luar pantai utara Queensland.
Pengkaji jarang melakukan penyelidikan di kawasan terumbu karang kerana kesan perubahan iklim buatan manusia selain dari kerosakan pada terumbu tersebut yang mempunyai jangka masa yang lebih singkat.
Sekumpulan saintis di universiti seluruh Australia menggerudi teras ke dalam karang dan sama seperti mengira cincin pada pokok, menganalisis sampel bagi mengukur suhu lautan pada musim panas kembali ke tahun 1618.
Digabungkan antara data kapal dan satelit sejak 100 tahun lalu, para penyelidik menyimpulkan bahawa keputusan menunjukkan suhu lautan mula meningkat dari tahun 1900 dan seterusnya akibat daripada kesan yang dilakukan oleh manusia.
Dari tahun 1960 hingga 2024, purata pemanasan tahunan dari Januari hingga Mac meningkat sebanyak 0.12 darjah celcius setiap dekad.
Sejak 2016, terumbu karang telah mengalami lima musim panas pelunturan karang besar-besaran, apabila sebahagian besar dari terumbu karang bertukar putih akibat tekanan haba, meletakkan mereka pada risiko kematian yang lebih besar.
Musim panas kali ini merupakan antara musim yang paling panas sekali dalam empat abad terakhir, demikian menurut kajian tersebut.
Sekurang-kurangnya 54 negara dan wilayah telah mengalami pelunturan besar-besaran terumbu kerang sejak Februari tahun lepas apabila perubahan iklim memanaskan perairan permukaan laut, demikian menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) AS.
Australia telah melobi selama bertahun-tahun untuk mengekalkan terumbu karang yang menyumbang $4.2 bilion (RM 18 juta) kepada ekonomi setiap tahun daripada senarai terancam, kerana ia boleh merosakkan pelancongan.-AGENSI











