LONDON: Sebanyak 483 perusuh ditahan manakala 149 individu lagi didakwa sepanjang rusuhan perkauman yang berlaku di United Kingdom (UK), menurut Majlis Ketua Polis Negara (NPCC) semalam. Memetik laporan agensi berita Anadolu, NPCC memaklumkan, jumlah pesalah yang dihukum di bawah undang-undang negara itu juga meningkat manakala banyak suspek sedang direman sementara menanti dituduh di mahkamah. Kenyataan NPCC memaklumkan, ribuan polis telah dikerahkan di seluruh negara dan mengenalpasti 36 penganjuran perhimpunan berlangsung. “Jumlah sebenar anggota polis cedera adalah 104 orang, dengan kebanyakkan dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan,” kata NPCC dalam kenyataan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya