Rodriguez sertai West Ham

Rodriguez sertai West Ham

GUIDO RODRIGUEZ - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain tengah Argentina, Guido Rodriguez menyertai West Ham bagi memperkuatkan pasukan untuk mengharungi musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL).

Rodriguez, 30, merupakan sebahagian daripada skuad Argentina yang memenangi Piala Dunia pada 2022 serta Copa America pada 2024 dan 2021 bebas ejen selepas kontraknya bersama Real Betis tamat.

Dia beraksi selama empat tahun setengah di Sepanyol, merupakan watak penting membantu Betis layak ke kejohanan di peringkat eropah pada setiap musim.

“Saya fikir ini adalah impian setiap pemain bola sepak untuk beraksi di EPL dan saya sangat teruja apabila mendapat tahu West Ham berminat dengan saya.

“Saya akan membawa pengalaman kepada pasukan dan walaupun saya sedar EPL sangat sengit, saya bersedia bekerja keras bagi memastikan saya mampu memenuhi cabaran tersebut,” katanya.

Rodriguez menyertai The Hammers selepas penyerang Jerman, Niclas Fuellkrug pemain sayap, Crysencio Summerville, Luis Guilherme dan pertahanan Max Kilman. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN