Republikan tuduh Tim Walz gagal tangani protes Floyd

Republikan tuduh Tim Walz gagal tangani protes Floyd

CALON Presiden Demokrat, Kamala Harris dan gandingannya, Tim Walz selepas berucap di Pusat Liacouras Temple University di Philadelphia, Pennsylvania kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Republikan melancarkan serangan terhadap calon Demokrat Naib Presiden, Tim Walz berhubung tindak balasnya terhadap protes besar-besaran yang dicetuskan di negerinya ketika menjadi Gabenor Minnesota selepas polis membunuh George Floyd pada 2020.

Ketika Tim Walz memulakan kempennya sebagai pasangan Calon Demokrat Presiden AS, Kamala Harris, para pengkritik telah menuduhnya gagal membendung tindak balas terhadap keganasan dengan lambat mengerahkan pengawal kebangsaan.

Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan lebih 600 lagi ditangkap semasa protes, yang menyebabkan kerugian sebanyak ratusan juta dolar di seluruh Minnesota.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tim Walz mempertahankan tindakannya itu dengan menyatakan bahawa pentadbirannya cuba melakukan yang terbaik dalam keadaan yang sukar.

Kematian Floyd di tangan Derek Chauvin, seorang pegawai polis Minneapolis berkulit putih, mencetuskan protes selama beberapa hari sehingga menyebabkan terjadinya rusuhan dan rompakan.

Pergolakan itu dengan cepat menyelubungi pihak berkuasa tempatan, sehingga mendorong Datuk Bandar Minneapolis Jacob Frey meminta Walz untuk menempatkan pengawal kebangsaan dua hari selepas kematian Floyd pada 25 Mei 2020.

Tim Walz hanya baru menandatangani perintah eksekutif mengaktifkan pengawal kebangsaan Minnesota tiga hari selepas berlakunya keganasan, dengan kebanyakan daripada mereka hanya ditugaskan untuk melindungi bangunan persekutuan dan tidak dapat menghalang rusuhan yang menyaksikan balai polis tempatan dibakar.

Kritikan terhadap cara pengendalian Tim Walz pada protes empat tahun lepas muncul kembali selepas beliau dicalonkan sebagai naib presiden mendampingi Harris.

Calon Naib Presiden dari Republikan, JD Vance semasa berkempen mempersoalkan sama ada pemilik perniagaan kulit hitam di Minneapolis berasa selamat selepas beliau mendakwa Tim Walz membenarkan perusuh untuk membakar perniagaan mereka.

Tim Walz dalam sidang akhbar awal bulan ini menafikan dakwaan tersebut sambil berkata bahawa datuk bandar tidak memberinya maklumat yang cukup untuk memanggil Pengawal Keselamatan ketika itu. -AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini