KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC, Miroslav Kuljanac mendedahkan bahawa persiapan pasukannya menentang Kaya FC-Iloilo dalam saingan Kumpulan B Shopee Cup telah dibantu oleh penyerang import dari Filipina, Patrick Reichelt. Menurut Kuljanac, Reichelt, 36, bukan sahaja mempunyai pengalaman luas dalam liga Filipina, malah beliau pernah beraksi untuk dua kelab pesaing Kaya FC, iaitu Global FC dan Ceres-Negros. Ini memberikan kelebihan kepada KL City untuk mendapatkan maklumat berguna…