TEHERAN: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menyifatkan serangan ke atas Sekolah Al-Tabin sehingga meragut 100 nyawa sebagai perbuatan tidak kemanusian dan biadap.
Beliau yang sahaja dilantik memegang jawatan itu menegaskan, rejim Israel meneruskan pembunuhan etnik atau genosid beramai-ramai di Gaza kerana menerima sokongan daripada kerajaan yang kononya mempertahankan hak asasi manusia.
Memetik laporan Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA), beliau sebaliknya berkata, terdapat satu pihak mahu rundingan untuk mewujudkan gencatan senjata di Gaza, dan sebaliknya tidak meletakkan had dalam sokongan mereka terhadap rejim ini
Kata Pezeshkian, sambil menambah bahawa sikap pilih kasih sedemikian menjadikan semua pihak sama terlibat dalam jenayah dilakukan Israel.
Presiden Iran itu juga berkata bahawa jenayah berterusan oleh rejim Israel adalah percubaan terdesak oleh pegawainya dalam menghadapi penentangan Palestin dan menutupi krisis dihadapi negara itu.
Pezeshkian kemudian menyeru masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara Islam untuk memikul tanggungjawab mereka untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan serantau dan global.
Katanya, ia termasuklah mencegah berlakunya jenayah perang terhadap rakyat Palestin, yang disifatkannya sebagai jenayah kemanusiaan.-AGENSI











