Polis sahkan suspek tikam ibu saudara bukan pesakit mental

Polis sahkan suspek tikam ibu saudara bukan pesakit mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Siasatan awal terhadap lelaki yang menikam ibu saudaranya dengan gunting hingga mati kelmarin mengesahkan bahawa  suspek tidak mempunyai sebarang sejarah berkaitan penyakit mental.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden C. Tharmalingam ketika dihubungi, hari ini.

“(Suspek) tiada rekod sebagai pesakit mental. Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung motif sebenar kejadian masih dijalankan ketika ini,” kata beliau.

Dalam kejadian di sebuah rumah di Pekan Darat di sini kira-kira pukul 11 pagi itu, suspek dikatakan telah menikam mangsa dengan sebilah gunting gara-gara berang terhadap ibu saudaranya yang berusia 80 tahun itu.

Hal ini demikian kerana, warga emas terbabit dikatakan cuba masuk campur untuk meleraikan pergaduhan yang berlaku antara suspek dengan ibu kandungnya ketika itu.

Akibat tikaman tersebut, mangsa segera dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di sana.

Susulan kejadian itu juga, suspek berjaya diberkas pada hari yang sama dan kini direman selama tujuh hari iaitu sehingga 21 Ogos ini untuk membantu siasatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN