Parti Demokrat terima tawaran sertai kerajaan Thailand

Parti Demokrat terima tawaran sertai kerajaan gabungan baharu Thailand

DEMOKRAT terima tawaran sertai kerajaan gabungan Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Parti Demokrat menyertai kerajaan gabungan baharu bersama parti Pheu Thai sekali gus menghentikan sementara permusuhan antara kedua-dua parti tersebut.

Setiausaha Agung Pheu Thai, Sorawong Thienthong telah menyerahkan jemputan tersebut kepada Setiausaha Agung Demokrat, Det-it Khaothong sambil disaksikan oleh ahli Parlimen kedua-dua parti itu.

Det-it berkata, jawatankuasa eksekutif Demokrat dan ahli Parlimen akan bermesyuarat pada untuk mengesahkan penyertaan dalam kerajaan baharu nanti.

Apabila ditanya mengenai pembahagian jawatan kabinet kepada Demokrat, Sorawong berkata Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra akan membuat keputusan mengenainya.

Namun beberapa laporan menyebut bahawa beberapa pemimpin utama seperti Chalermchai Sri-on dijangka bakal menjadi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, manakala Det-it Khaothong pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan Awam.

Beliau juga menepis kritikan daripada sebahagian pihak termasuk ahli parti sendiri yang menentang kerjasama dengan Pheu Thai sambil berkata keputusan yang dibuat mesti dipatuhi oleh semua pihak.

Konflik antara Demokrat dan Pheu Thai mencapai kemuncaknya pada 2010 apabila kerajaan Abhisit Vejjaiva, yang merupakan pemimpin Demokrat mengarahkan polis untuk menembak penunjuk perasaan baju merah yang disokong oleh Pheu Thai di persimpangan Ratchaprasong menyebabkan sekurang-kurangnya 85 kematian.

Tindakan tersebut tidak disenangi oleh sebahagian pihak yang melihat Pheu Thai sudah melupakan segala permusuhan silam yang berlaku di antara kedua-dua parti itu.

Pemimpin dari kumpulan United Democracy against Dictatorship (UDD) berbaju merah, turut mengecam Pheu Thai kerana berdamai dengan Demokrat. 

“Pheu Thai ingin berkuasa tanpa mengira cara,” kata Tida Tawornseth.

Sementara itu, Parti Palang Pracharath (PPRP) mengkritik keputusan Pheu Thai untuk menyingkirkan mereka daripada kerajaan sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak berasas dan menganggap mereka dikhianati manakala Pheu Thai pada Selasa mengesahkan parti tersebut telah memutuskan untuk mengecualikan PPRP daripada barisan kabinet. -AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN