SYDNEY: Seorang pakar buaya dihukum penjara 10 tahun pada Khamis kerana melakukan penderaan seksual dan membunuh puluhan anjing serta beberapa jenayah lain.
Adam Britton, 53, mengaku bersalah di atas 63 pertuduhan berkaitan kebinatangan, kekejaman haiwan dan memiliki bahan penderaan kanak-kanak.
Ketua Hakim Negara Wilayah Utara, Michael Grant menyifatkan perbuatan itu sebagai ‘tidak terkata’ dan ‘mengerikan’ semasa menjatuhkan hukuman kepada Britton.
Penyiar Kebangsaan Australia (ABC) melaporkan Britton memiliki 42 ekor anjing yang dibelinya dalam talian antara tahun 2020 hingga 2022, di mana dia menjanjikan kepada bekas pemilik bahawa akan memberi layanan yang baik kepada haiwan peliharaan tersebut.
Sebaliknya, Britton merakam dirinya melakukan penderaan seksual dan membunuh anjing dalam kontena perkapalan di kawasan harta persendiriannya di Darwin.
Rakaman itu kemudiannya dikongsi melalui aplikasi Telegram dan pihak polis kemudian menahan Britton pada 2022.
Britton dilahirkan di England, merupakan seorang pakar buaya terkenal di Australia dan telah bekerja dengan beberapa produksi diantaranya ialah BBC dan National Geographic.
Beliau hanya baru dibebaskan pada April 2028, dan dilarang memiliki mamalia sepanjang hidup.-AGENSI











