VERONA: Juventus mengekalkan rentak kemenangan mereka dalam Serie A dengan mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Hellas Verona di Stadio Marcantonio Bentegodi, hari ini. Pengurus Juventus, Thiago Motta memuji sikap dan usaha berpasukan yang ditunjukkan oleh anak buahnya dalam perlawanan tersebut. Motta menganggap usaha berterusan oleh pemain dalam menekan lawan sebagai kunci kejayaan mereka. “Sikap kumpulan dapat dilihat dari cara mereka menekan lawan. Mereka mengambil risiko, tetapi kejayaan dalam mengawal bola…