PETALING JAYA: Bintang sensasi Selangor FC, Faisal Halim meminta peminat bola sepak tempatan mendoakan beliau dapat kembali ke prestasi sebenar. Biarpun hanya dimasukkan di hujung permainan ketika Selangor menumpaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC kelmarin, Faisal akui perasaannya agak bercampur baur. “Perasaan saya ada suka, ada sedih tetapi ini saat yang saya tunggu. Ini janji saya buat pasukan untuk kembali beraksi dan saya nak lebih lagi. “InsyaAllah, doakan saya,” katanya…