LONDON: Selepas tidak dianjurkan selama 3 musim, Grand Prix (GP) Republik Czech di Brno bakal kembali di kalendar MotoGP untuk tahun 2025.
Brno merupakan litar yang popular yang hampir menarik minat 200,000 peminat secara keseluruhan.
Pada 2021, litar terbabit perlu diubahsuai dengan lengkap atas faktor keselamatan yang diminta oleh penunggang MotoGP.
Bagaimanapun, kewangan pihak pengurusan litar terbabit terjejas akibat dilanda pandemik Covid-19 dan perlumbaan tidak dianjurkan sehingga kini.
Namun tahun lalu, litar itu sudah bertukar tangan apabila ianya dibeli oleh syarikat Karel Abraham Sr yang dimiliki oleh usahawan Karel Hubacek.
Hubacel mengesahkan litar Brno akan kembali ke MotoGP dari musim 2025 hingga 2029.
“Kami gembira dapat mengumumkan kepulangan kami ke Brno. Ianya adalah klasik, dengan susun atur yang hebat yang telah mencatatkan beberapa detik yang tidak dapat dilupakan dalam sejarah panjangnya di MotoGP.
“Kami sangat teruja untuk kembali dan mengadakan lebih banyak lagi, dengan Tissot Sprint setiap hujung minggu dan lebih banyak lagi untuk peminat menikmati di panjang untuk lebih dekat dengan wira mereka berbanding sebelum ini,” katanya. – AGENSI










