Kekalahan Pearly-Thinaah diiringi dengan linangan air mata

Kekalahan Pearly-Thinaah diiringi dengan linangan air mata

PEARLY Tan-M. Thinaah menewaskan pasangan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida 21-13, 21-11 pada aksi suku separuh akhir Terbuka Jepun 2025 di Gimnasium Metropolitan Tokyo, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sekalipun terlepas pingat gangsa Sukan Olimpik, pencapaian Pearly Tan-M. Thinaah pada temasya terbesar di dunia itu wajar diberi pujian selepas berjaya melangkah sehingga ke kedudukan perebutan pingat di Paris, Perancis.

Sebentar tadi, pasangan No.12 dunia itu tunduk kepada beregu No. 4 dunia, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun menerusi kekalahan straight set 11-21, 11-21 di Arena Porte De La Chapelle.

Pearly-Thinaah tidak memiliki rekod baik berdepan Matsuyama-Shida apabila hanya pernah mencatat satu kemenangan daripada 10 pertemuan lalu.

Walau apapun keputusan yang telah tersurat pada penampilan sulung Pearly-Thinah di temasya Olimpik, namun, pencapaian mereka berdua di Paris yang menjadi beregu wanita pertama Malaysia melangkah sejauh separuh akhir wajar diberi pujian dan penghargaan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Menyaksikan prestasi cemerlang yang dipamerkan Pearly-Thinaah sepanjang temasya, bermula dengan diundi di dalam kumpulan maut sewaktu saingan di peringkat kumpulan, sesungguhnya masa depan cerah menanti beregu negara itu selepas ini.

Walaupun linangan air mata mengiringi kekalahan mereka, hari ini, Pearly-Thinaah harus tahu rakyat Malaysia amat berbangga dengan prestasi yang mereka pamerkan di Paris. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN