Kamala Harris nafi potong bantuan senjata kepada Israel

Kamala Harris nafi potong bantuan senjata kepada Israel

KAMALA Harris dalam sidang akhbar bersama Presiden Andrzej Duda di Istana Belwelder di Warsaw, Poland. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON DC: Penasihat rapat kepada Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris menafikan bahawa akan memotong penghantaran bekalan senjata ke Israel yang merupakan salah satu desakan utama daripada kumpulan pro Palestin untuk memastikan dasar sokongan negara itu terhadap perang Israel di Gaza ditamatkan.

Menerusi catatan di media sosial pada Khamis, Penasihat Harris Hal Ehwal Keselamatan, Phil Gordon menafikan laporan bahawa calon Demokrat Presiden AS itu menerima gesaan untuk melakukan tindakan itu terhadap sekutu rapatnya itu.

“Naib Presiden telah nyata dengan jelas bahawa dia akan sentiasa memastikan Israel dapat mempertahankan dirinya dari Iran dan sekutunya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia tidak menyokong sekatan senjata dikenakan ke atas Israel dan akan terus berusaha untuk melindungi orang awam di Gaza serta menegakkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata Gordon.

Isu tersebut menimbulkan episod yang terbaharu yang menimbulkan persoalan sejauh mana Harris berbeza pendapat dengan Presiden Joe Biden mengenai perang di Gaza dengan aktivis pro Palestin mendesak perubahan yang lebih besar dilakukan terhadap penderitaan rakyat Palestin.

Khabar angin bahawa Harris akan mempertimbangkan sekatan senjata muncul selepas beliau berjumpa dengan aktivis dari Pergerakan Tanpa Komitmen, sebuah kumpulan pro Palestin yang lantang mengkritik dasar AS ke atas Gaza.

Dalam video yang disiarkan di media sosial pada Khamis, Layla Elabed, pengasas bersama Uncommitted Movement berkata bahawa Harris menyatakan beliau bersedia untuk bertemu dengan kumpulan itu untuk membincangkan berkaitan permintaan mereka supaya bantuan senjata dari AS ke Israel dapat ditamatkan.

Harris telah berusaha untuk menggambarkan dirinya sebagai empati terhadap nasib orang awam di Gaza, di mana Israel telah membunuh hampir 40,000 orang dan dituduh melakukan penderaan seperti penyeksaan terhadap banduan Palestin oleh kumpulan hak asasi manusia.

“Imej kanak-kanak yang mati dan terdesak, mereka yang mengalami kelaparan melarikan diri ke tempat yang lebih selamat,kadang-kadang dipindahkan untuk kali kedua, ketiga dan keempat, saya rasa kita tidak boleh mengalihkan pandangan dalam menghadapi tragedi ini.

“Kita tidak boleh membiarkan diri kita mati rasa dengan penderitaan, dan saya tidak akan berdiam diri,” kata Harris selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Namun, aktivis pro Palestin yang sebahagian daripadanya mempunyai saudara mara yang telah terkorban dalam perang di Gaza, berkata perubahan nada tidak sama dengan menamatkan sokongan diplomatik dan keteteraan teguh yang menjadi pusat kepada usaha perang negara haram tersebut.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini