Israel ugut tentera enggan kembali perang di Gaza

Israel ugut tentera enggan kembali perang di Gaza

KENDERAAN tentera Israel menghalang laluan dalam serbuan di Jenin, Tebing Barat, susulan konflik berterusan antara Israel dan Hamas di Gaza.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel mengancam untuk mendakwa puluhan anggotanya yang enggan kembali ke Gaza bagi meneruskan perang terhadap wilayah itu.

Tindakan itu dibuat berikutan terdapat peningkatan jumlah di dalam kalangan anggota tentera yang enggan kembali ke medan perang untuk meneruskan pertempuran.

Menurut penyiar awam Israel, KAN, sekurang-kurangnya 20 askar enggan pulang ke Gaza, meneruskan perang terhadap kumpulan pejuang Hamas.

Sekurang-kurangnya 10 daripada anggota dilaporkan sudah menerima amaran rasmi daripada tentera, termasuk ancaman berdepan pendakwaan kerana keengganan itu.

Lapor KAN, beberapa askar dipaksa melakukan operasi ketenteraan darat di Gaza atau jika menolak boleh berdepan penjara.

Ugutan itu menyebabkan sebahagian daripada mereka terpaksa menawarkan diri untuk kembali bertugas, dengan syarat dikerahkan ke kawasan selain Gaza.

“Hanya ada beberapa askar yang tinggal dalam pasukan mereka yang mampu bertempur,” lapor KAN.

Ancaman tindakan undang-undang terhadap tentera Israel dibuat ketika ramai anggota yang mula menolak untuk terus memerangi Gaza, sama ada disebabkan jenayah perang atau peningkatan persepsi bahawa Hamas tidak mudah dikalahkan secara ketenteraan.-MEMO

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN