Israel sahkan bunuh ketua sayap tentera Hamas - Utusan Malaysia

Israel sahkan bunuh ketua sayap tentera Hamas

MOHAMMED Deif disahkan terbunuh dalam satu serangan udara oleh Israel.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMAQDIS: Israel mengesahkan pihaknya telah membunuh Ketua Sayap Ketenteraan Hamas, Mohammed Deif, dalam satu serangan udara di Khan Younis pada 13 Julai lalu.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menerusi satu kenyataannya memaklumkan, berdasarkan risikan, pihaknya boleh mengesahkan Mohammed terkorban dalam serangan berkenaan.

Pihak berkuasa kesihatan Hamas mendedahkan, serangan itu mengakibatkan lebih 90 yang lain terkorban namun menafikan kematian pemimpin Hamas itu.

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, pembunuhan Mohammed adalah satu kejayaan yang signifikan dalam usaha menghapuskan Hamas.

“Pembunuhan ini menunjukkan bahawa Hamas telah berpecah. Anggota pergerakan itu akan menyerah diri atau dihapuskan,” jelas beliau.

Mohammed adalah pemimpin kedua tertinggi Hamas di Gaza selepas Yahya Sinwar.

Israel mendakwa beliau adalah antara individu yang bertanggungjawab merancang serangan pada 7 Oktober lalu di selatan Israel yang mengakibatkan 1,200 kematian.

Salah seorang tokoh Hamas yang paling dominan, Mohammed memimpin pergerakan itu selama 30 tahun, membangunkan rangkaian terowong dan pakar dalam membuat bom.

Beliau mendahului senarai paling dikehendaki Israel selama beberapa dekad, selain bertanggungjawab secara peribadi atas kematian berpuluh-puluh penduduk haram Zionis dalam pengeboman berani mati. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN