Iran dijangka lancar serangan minggu ini - Risikan Israel

Iran dijangka lancar serangan minggu ini – Risikan Israel

RAKYAT Iran mengibarkan bendera Palestin dan memegang sepanduk mengecam pembunuhan Ismail Haniyeh dalam protes di dataran Palestin di Teheran, kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KURSK: Sumber risikan Israel percaya bahawa Iran telah memutuskan untuk melancarkan serangan terhadap Israel dalam masa beberapa hari lagi sebagai tindak balas terhadap pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Teheran.

Menurut wartawan agensi berita atas talian Axios, Barak Ravid yang memetik dua sumber, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant dilapor memberitahu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin yang Iran telah melakukan persiapan untuk melakukan serangan berskala besar terhadap Tel Aviv.

Ravid menambah, bahawa serangan tersebut mungkin dilancarkan sebelum Khamis ini, tarikh yang ditetapkan oleh AS, Mesir, dan Qatar untuk rundingan gencatan senjata baharu Gaza. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Israel mengesahkan akan menyertai rundingan tersebut, sementara Hamas masih belum memberikan respon secara rasmi.

Konflik di Asia Barat semakin memuncak susulan pembunuhan Ismail dan pemimpin kanan Hezbollah, Fuad Shukr di Beirut pada bulan lalu.

Iran dan proksinya di rantau tersebut termasuk Hezbollah di Lebanon menuduh Israel mendalangi serangan-serangan berkenaan dan berikrar untuk membalas dendam.

Israel mengesahkan tanggungjawab membunuh Fuad, namun tidak mengakui penglibatan dalam kematian Ismail.

Dalam kenyataan yang dibuat sejurus selepas kematian Ismail, Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Ayatollah Khamenei menegaskan pihaknya bertanggungjawab membalas dendam atas kematian pemimpin Hamas tersebut, memandangkan ia berlaku di wilayahnya, Teheran. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini