CAIRO: Hamas meminta negara pengantara yang merangka pelan gencatan senjata api dan pembebasan tebusan agar ia mengikut pelan asal, bukannya mewujudkan rundingan atau cadangan baharu.
Malah kumpulan pergerakan itu dalam kenyataan memaklumkan, pengantara harus menguatkuasakan perkara ini ke atas pendudukan dilakukan Israel dan bukannya meneruskan rundingan baharu yang akan memberi perlindungan kepada terus pencerobohan berlaku.
“Hamas menyeru pengantara untuk membentangkan rancangan untuk melaksanakan apa yang dipersetujui oleh pada 2 Julai 2024, berdasarkan visi (Presiden Joe) Biden dan resolusi Majlis Keselamatan PBB.
“Pengantara harus menguatkuasakan perkara ini ke atas pendudukan (Israel) dan bukannya meneruskan rundingan lanjut atau cadangan baharu yang akan memberi perlindungan kepada pencerobohan pendudukan dan memberi lebih masa untuk meneruskan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat kita,” kata kenyataan itu.
Hamas berkata, mereka relah menunjukkan kerjasama sepanjang proses rundingan tetapi tindakan Israel, namun pembunuhan Ismail Haniyeh di Teheran akhir bulan lalu, menunjukkan mereka tidak serius untuk meneruskan perjanjian gencatan senjata.
Minggu lalu, Amerika Syarikat, Qatar dan Mesir menggesa Israel dan kembali ke meja rundingan untuk menyambung semula perbincangan gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tahanan sebagai satu langkah menamatkan segera konflik.
Kenyataan itu berkata, ketiga-tiga negara tersebut sudah membentuk kerangka perjanjian yang hanya tinggal butiran pelaksanaan untuk dimuktamadkan.
Menerusi kenyataan, ketiga-tiga negara pengantara terbabit menjemput Israel dan kumpulan pejuang Palestin itu untuk memulakan kembali rundingan pada 15 Ogos bagi menutup semua jurang yang masih ada dan melaksanakan perjanjian tanpa penangguhan.-AGENSI











