Gambar terakhir mangsa tikaman Southport didedahkan

Gambar terakhir mangsa tikaman Southport didedahkan

GAMBAR terakhir mangsa serangan Southport, UK.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Gambar terakhir kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang terbunuh dalam serangan tikaman di bengkel tarian berdekatan Southport didedahkan oleh ibu bapanya semasa majlis pengebumiannya.  

Imej tersebut menunjukkan Alice da Silva Aguiar berdiri bersebelahan dengan potongan kadbod penyanyi terkenal, Taylor Swift di pusat komuniti Hart Space, Southport pada pagi Isnin 29 Julai lalu. 

Alice merupakan salah seorang daripada tiga kanak-kanak perempuan yang maut dalam serangan tersebut manakala yang lain mengalami kecederaan ketika serangan tersebut dilihat telah menimbulkan rusuhan terburuk di England dalam masa 13 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ibu bapa Alice, Sergio dan Alexandra yang berasal dari Madeira, Portugal telah mengeluarkan gambar tersebut ketika ratusan orang berkumpul untuk majlis pengebumian gadis itu di Gereja Katolik St Patrick, Soutport pada hari ini.

Orang ramai beratur bagi memberi penghormatan kepada gadis tersebut di bandar Merseyside ketika jenazah kanak-kanak tersebut tiba.

Perarakan pengebumian kanak-kanak tersebut disertai sekitar 30 orang pegawai polis beruniform dan Ketua Polis Merseyside, Konstabel Serena Kennedy.

Dalam satu kenyataan yang dibaca pada majlis pengebumian tersebut, ibu bapa Alice menyifatkan beliau merupakan seorang anak yang baik dan sempurna, selain merupakan seorang pencinta haiwan dan alam sekitar.

“Berada di sekeliling kamu merupakan suatu keistimewaan, kami menghargai setiap peristiwa penting, saling melengkapi dan kami suka memeluk kamu pada setiap malam selama hampir sembilan tahun, selain dari bermalam bersama kawan kamu, kami tidak pernah berpisah,” kata mereka.

Tambah mereka, mereka tidak mempunyai kekuatan untuk mengatasi rasa sedih mereka akibat kehilangan anak kesayangan mereka di usia yang sangat muda.

Ibu bapa Alice juga telah mengeluarkan kenyataan terakhir bersama dengan imej lain bersama anak perempuan mereka sepanjang hayatnya yang singkat.-AGENSI

 

PIX- GAMBAR terakhir mangsa serangan Southport, UK.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini