MANILA: Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. hari ini mengecam tindakan provokatif Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China yang melakukan gerakan berbahaya dan menjatuhkan suar di laluan pesawat tentera udara Filipina di Beting Scarborough di Laut Filipina Barat. Marcos seperti satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Komunikasi Presiden (PCO) berkata, tindakan PLA itu menyalahi undang-undang terutamanya ketika Tentera Udara Filipina (PAF) melakukan penerbangan rutin di wilayah maritimnya. “Kami bersusah payah cuba menenangkan keadaan, namun…










