Bapa mohon bantuan orang ramai kesan anak hilang

Bapa mohon bantuan orang ramai kesan anak hilang

MUHAMMAD Danish Syamil Jusfaridan, 21, dilaporkan hilang selepas keluar menaiki motosikal jenis Yamaha Y15ZR, Sabtu lalu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang bapa terpaksa meminta bantuan daripada orang ramai untuk menjejaki anak lelakinya yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Jusfaridan Azizat, 48, berkata, anaknya, Muhammad Danish Syamil, 21, sebelum itu keluar dari rumahnya di Bukit Jambul tanpa memaklumkan ke mana dia mahu pergi.

Kata Jusfaridan, dia difahamkan bahawa kali terakhir anak lelakinya itu dilihat ialah semasa berada di Nibong Tebal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sudah berkali-kali cuba menghubungi dia, namun, telefon bimbitnya telah dimatikan.

“Saya juga telah berhubung dengan rakan-rakan anak saya, tetapi, mereka juga tidak tahu di mana dia berada. Kali terakhir kami berjumpa ialah ketika Ahad minggu lepas. Dia belanja saya dan adiknya makan.

“Pada masa itu, dia kelihatan ceria dan tidak menampakkan bahawa dirinya ada mempunyai masalah apa-apa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Jusfaridan, anak lelakinya yang bekerja di sebuah kedai di Relau, tidak pernah menghilangkan diri untuk tempoh yang lama sebelum ini.

“Dia anak yang baik, memang dia tidak pernah buat hal yang tidak menyenangkan hati kami. Kami sekeluarga bimbang dengan keadaan dirinya dan memohon bantuan orang ramai untuk mengesan anak saya.

“Laporan polis juga telah dibuat tengah malam tadi dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Muhammad Danish boleh menghubungi saya di talian 012-5351349 atau hadir ke balai polis berhampiran,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN