DHAKA: Kerajaan sementara Bangladesh pimpinan pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Muhammad Yunus semalam menarik balik pengharaman terhadap parti Islam, Jamaat-e-Islami yang dikuatkuasakan ketika bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina mentadbir negara. Keputusan berkenaan dibuat susulan tindakan Kementerian Dalam Negeri yang membuat rayuan terhadap pengharaman tersebut, yang dilaksanakan kurang sebulan lalu. Dengan itu, Parti Jamaat-e-Islami boleh melakukan aktiviti seperti biasa namun masih perlu mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi membolehkannya bertanding pada pilihan…










