Zahid bangga SRC tamat penantian tujuh tahun dunia e-sukan

Zahid bangga SRC tamat penantian tujuh tahun dunia e-sukan

PEMAIN Selangor Red Giants (SRC) menewaskan Falcon AP. Bren 4-3 pada Piala Pertengahan Musim Mobile Legends: Bang Bang (MLBB MSC) 2024, di Riyadh, Arab Saudi, semalam. - IHSAN FB YOODO RED GIANTS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa bangga terhadap Selangor Red Giants (SRC) selepas mengungguli kejohanan Piala Pertengahan Mobile Legends: Bang Bang (MSC MLBB) 2024 di Riyadh, Arab Saudi, kelmarin.

Menerusi laman sosial Facebook miliknya berkata, kejayaan SRG yang menyaksikan mereka menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia di pentas antarabangsa e-sukan sangat membanggakan nama negara.

“Dedikasi dan komitmen yang anda tonjolkan di kejohanan ini pastinya akan menjadi pemangkin kepada perkembangan industri e-sukan negara seterusnya melahirkan lebih ramai atlet profesional yang berdaya saing dan berkemahiran dalam permainan digital.

“Semoga kejayaan SRG hari ini akan menjadi pencetus kepada lebih kejayaan di masa akan datang. Sebagai Pengerusi Pembangunan Belia dan Sukan, saya akan memberikan komitmen penuh dalam membangunkan industri sukan digital ini. 

“Tahniah dan syabas SRG. Anda telah berjaya mengharumkan nama negara. Usaha gigih anda membawa pulang hadiah tunai RM 4.7 juta adalah kejayaan yang amat membanggakan,” katanya dalam laman sosial Facebook miliknya.

Jun lalu, SRC mengesahkan tiket ke MSC MLBB 2024 selepas menewaskan Homebois 4-2 pada perlawanan akhir Mobile Legend Bang Bang Profesional League (MPL) Musim 13 yang mana menjadi aksi kelayakan kejohanan dunia terbabit.

Terdahulu, Ahmad Zahid selaku Pengerusi Pembangunan Belia dan Sukan mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan penggiat dalam sukan elektronik terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×