Sedjati cabar rekod dunia di Olimpik Paris 2024

Sedjati cabar rekod dunia di Olimpik Paris 2024

DJAMEL Sedjati bergambar selepas memecah rekod acara 800 meter (m) lelaki ketika Liga Berlian di Stadium Louis II, Monaco, 12 Julai lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pelari Algeria, dedah beliau mempunyai dua misi yang harus ditunaikan di Sukan Olimpik Paris 2024 iaitu menghadiahkan pingat buat negara serta memecahkan rekod dunia acara 800 meter (m) milik pelari Kenya, David Rudisha.

Algeria menganggap Olimpik Tokyo 2020 merupakan satu kegagalan besar berikutan gagal membawa pulang sebarang pingat selepas cemerlang mengondol emas (1500m) pada London 2012 serta perak (800m dan 1500m) di Rio 2016.

Sedjati cemerlang memecahkan rekod kebangsaan milik Mahkhloufi pada Liga Berlian Paris awal bulan lalu dengan catatan 1:41.56 saat (s) sekali gus muncul atlet ketiga terpantas selepas Rudisha dan pelari Denmark, Wilson Kipketer.

Bagaimanapun, Sedjati enggan berpuas hati dan mahu memperbaiki rekod baharunya sekali gus mencabar rekod dunia Rudisha.

“Saya kini memikirkan rekod dunia dan berharap dapat memecahkannya di Olimpik (Paris).

“Saya akan fokus sepenuhnya dan bekerja keras untuk mencapai sasaran itu. Ianya kali keempat saya mencatat masa terpantas di dunia dan yang kedua rekod Algeria,” katanya.

Untuk rekod, Rudisha berhasil menamatkan larian di London 2012 dengan catatan rekod dunia 1:40.91s untuk mengaut emas buat negaranya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN