[PARLIMEN]: 66,020 kanser baharu dilapor 2020, 2021

[PARLIMEN]: 66,020 kanser baharu dilapor 2020, 2021

DR. DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini diberitahu, sebanyak 66,020 kes kanser baharu dilaporkan pada 2020 dan 2021. 

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu berdasarkan laporan terkini oleh Registri Kanser Kebangsaan 2017 hingga 2021. 

Katanya, sebanyak 34,332 kes kanser baharu dilaporkan pada 2020 dan 31,688 kes kanser baharu dilaporkan bagi 2021.

“10 kanser utama yang dilaporkan di Malaysia bagi tempoh 2017 – 2021 adalah kanser payudara, kanser kolorektal, kanser paru-paru, kanser limfoma, kanser hati, kanser prostat, kanser leukaemia, kanser nasofarink dan sebagainya. 

“Lima kanser utama dalam kalangan wanita adalah kanser payudara, kanser kolorektal, kanser paru-paru, kanser korpus uteri dan kanser ovari merupakan lima kanser utama di kalangan wanita. 

“Sementara lelaki adalah kanser kolorektal, kanser paru-paru, kanser prostat, kanser hati dan kanser limfoma,” katanya dalam sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini. 

Beliau menjawab soalan Yeo Bee Yin (PH-Puchong) berhubung berapa jumlah kes kanser baharu setiap tahun dari 2020-2023. 

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, Kementerian Kesihatan telah merancang gerak kerja saringan kanser di bawah pelan strategik kebangsaan. 

Katanya, ia antaranya National Strategic Plan for Cancer Control Program (NSPCCP) 2021 – 2025; National Strategic Plan for Colorectal Cancer Control 2021 – 2025; Pelan Tindakan Eliminasi Kanser Serviks 2021 – 2030 dan Inisiatif di bawah Global Breast Cancer Initiative (GBCI) 2021.

“Perkhidmatan saringan kanser yang disediakan di klinik-klinik kesihatan seluruh negara adalah saringan kanser kolorektal menggunakan ujian Ujian immunological Feacal Occult Blood Test (iFOBT). Bagi 2023, sebanyak 53,679 saringan kanser kolorektal telah dijalankan. 

“Selain itu, saringan kanser payudara melalui pemeriksaan klinikal atau pemeriksaan sendiri dan ujian mammogram. Melalui Program Pengesanan Awal Saringan Kanser Payudara, seramai 1,7 juta wanita berumur 20 hingga 65 tahun telah menjalani pemeriksaan klinikal payudara di klinik-klinik kesihatan dan saringan kanser servik melalui ujian calitan pap (Pap Smear) dan ujian HPV,” katanya. 

Beliau menambah, kementeriannya juga mengharapkan sokongan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk merapatkan jurang berkaitan rawatan kanser itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×