Laut dunia baharu Azlifah

Laut dunia baharu Azlifah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAHULU laut dianggap sebagai musuh ketat, tetapi kini destinasi itu menjadi sahabat karibnya. 

Daripada seorang pengecut kerana tragedi yang hampir meragut nyawanya kira-kira 30 tahun lalu, Nurul Azlifah Mohd. Ismail, 50, menemui dunia baharu di dasar laut.

Istimewanya, beliau bukan sahaja dapat menyingkirkan fobia itu, malah mencari rezeki dengan bergelar jurulatih selam skuba dan jurugambar dasar laut profesional. 

Kerjaya ekstrem itu sama sekali tidak pernah terlintas di  kiran surirumah yang juga ibu kepada enam anak berusia antara 20 hingga 29 tahun ini. 

Jika sebelum ini pernah berkhidmat di langit biru sebagai pramugari selama 10 tahun, kini dirinya selesa bekerja di kedalaman 20 meter bersama hidupan marin. 

Walaupun tiada sebarang asas dalam fotografi, namun kreativiti dimiliki membolehkannya merakamkan karya luar biasa dan menjadi pencetus trend bling bling, iaitu imej berwarna-warni di dasar laut. 

“Saya bermula dengan kamera kompak yang dibeli pada harga RM1,000 sahaja tetapi ia tidak mematahkan semangat untuk berdiri setanding golongan profesional yang memiliki peralatan mewah. 

“Guru saya adalah Google dan segala ilmu teknikal tentang fotografi dipelajari menerusi enjin carian itu di samping latihan praktikal berulang kali hingga mampu menghasilkan gambar-gambar yang menarik,” katanya kepada Seri baru-baru ini. 

Antara 38 anugerah berprestij dirangkul ialah johan kategori sudut lebar dan makro dalam Pertandingan Fotografi Dasar Laut Sultan Mizan 2024 diikuti Abissi Underwater Photo Venice, Ocean Art 2022 serta 7th Mares Underwater Photo Marathon 2019. 

Bahkan, beliau turut bergelar juri Pertandingan Fotografi anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sempena Hari Lautan Sedunia, tahun lalu di samping

Jelasnya, halangan-halangan itu yang menyebabkan tidak ramai wanita kekal dalam bidang tersebut hingga mampu bergelar profesional.

Katanya, wanita yang ingin menceburi bidang itu tidak perlu bermula dengan gajet mewah sebaliknya, cukup sekadar menggunakan kamera bersesuaian, di samping perlu mahir menyelam.

“Gajet bukan penentu mutu gambar diambil sama ada baik atau tidak. Sebaiknya, ikutlah kemampuan masing-masing dan secara berperingkat,” katanya.

BERI SALAM, JANGAN SENTUH KHAZANAH LAUT

Sepanjang penglibatannya, beliau tidak pernah berdepan  pengalaman-pengalaman buruk  seperti kemalangan atau diserang haiwan marin. 

“Saya bersyukur dikurniakan kesabaran tinggi ketika di dasar  dan boleh membaca emosi ikan.

“Amalan wajib saya adalah untuk memberi salam terlebih dahulu agar subjek selesa dan ‘membenarkan’ saya merakam aksi-aksinya,” katanya.

Ujar Nurul Azlifah, kesemua hidupan laut adalah unik dan istimewa di pandangan matanya, malah pernah bertembung dengan ikan paus di samping jerung. 

Bagaimanapun, hatinya sedih melihat terumbu karang yang kian musnah di kebanyakan perairan di negara ini.

Selain pemanasan global, keadaan itu diburukkan dengan sikap segelintir individu yang menyentuh atau memijak hidupan tersebut.

“Saya tahu ramai teruja dapat tengok karang dan ikan yang berwarna-warni tetapi janganlah sampai dipegang, cukuplah sekadar dipandang sahaja. 

“Kita pun tidak suka jika tibatiba diganggu dan begitulah juga perasaan hidupan laut dan saya berharap orang ramai lebih peka tentang isu ini,” katanya.

Dalam pada itu, Nurul Azlifah menyifatkan Pulau Bidong sebagai perairan terindah di pantai Timur mirip Pulau Raja Ampat di Indonesia. 

 

LAWAN TRAUMA, ADHD

Di sebalik kisah kejayaannya, Nurul Azlifah pernah berdepan trauma selama 13 tahun dengan laut setelah cedera parah hingga koma dua minggu akibat dilanggar jet ski. 

Ketakutannya bagaimanapun terubat dengan sokongan padu suami, Abdul Rahman Jamaludin dan anak-anak. 

Selain sebagai penawar, lautan juga merupakan tempat paling selamat buat penghidap Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) ini. 

“Tidak ramai tahu saya didiagnosis dengan ADHD ketika awal 30-an yang membuatkan saya sering kelam-kabut dan sukar fokus. 

“Otak saya sentiasa bising ibarat dikelilingi jeritan 100 orang tetapi di dasar laut, segalanya bertukar aman dan sepi, hanya buih-buih yang menemani,” katanya. 

Bagi mengelak pengambilan ubat-ubatan, beliau memilih merawat penyakitnya secara semula jadi dengan melakukan selaman skuba.

BANTU LEBIH 50 WANITA 

Kemahirannya mengatasi ketakutan pada air dimanfaatkan untuk membantu kaum hawa lain. 

Sehingga kini, lebih 50 wanita sudah dibantu Nurul Azlifah hingga mampu menyelam dengan baik. 

“Kebanyakan penyelam yang baik adalah mereka yang langsung tidak tahu berenang kerana golongan ini patuh kepada arahan jurulatih.

“Ramai selesa dengan pendekatan saya kerana mereka tahu fobia yang saya lalui dan memberi sepenuh kepercayaan untuk mengajar,” katanya. 

Nasihatnya, selagi tidak mencuba, selagi itu kaum hawa tidak tahu keupayaan diri dan enggan keluar dari kepompong masing-masing. 

 

LAUK SEJUK BEKU 

Kerjayanya menuntut terbang ke merata tempat termasuk luar negara selama berminggu-minggu. 

Namun beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu untuk memasak buat permata hatinya. 

Walaupun tiada di rumah, air tangan wanita ini masih dapat dinikmati anak-anak pada setiap hari. 

“Setiap kali ada tugasan luar contohnya selama 20 hari, saya akan masak siap-siap lauk-pauk dan kemudian disimpan untuk sejuk beku. 

“Senang anak-anak mahu makan, cuma perlu masak nasi dan panaskan lauk-lauk sahaja,” katanya. 

Rutin itu menjadi amalannya sejak dahulu lagi, apatah lagi memiliki anak autistik berusia 21 tahun yang memerlukan penjagaan rapi terutama dari segi makan dan minum. 

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana Nurul Azlifah boleh meninggalkan putera istimewanya itu dalam tempoh lama di bawah jagaan anak-anak lain. 

“Sejak kecil saya ajar anak-anak untuk bersama-sama menjaga Danial kerana genetik ini boleh diwarisi dan sekurang-kurangnya mereka sudah bersedia dari segi mental jika dikurniakan zuriat sama,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×