KOM pilih Azeem ke Olimpik Paris

KOM pilih Azeem ke Olimpik Paris

PRESIDEN Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim (tengah) berucap ketika mengadakan sidang media khas di Parlimen, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi bakal membuat penampilan sulung di pentas Sukan Olimpik Paris selepas dipilih oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk bertanding menggunakan slot wildcard.

KOM menerusi Jawatankuasa Pemilihan telah mengadakan mesyuarat semalam sebulat suara memilih pemegang rekod kebangsaan 100 meter (m) lelaki itu, mengetepikan seorang lagi calon akhir iaitu pelari 400m negara, Shereen Samson Vallabouy.

Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata keputusan itu diambil berdasarkan slot wildcard yang diberikan hanya membenarkan atlet mengambil bahagian dalam acara 100m, 800m dan maraton.

“Slot wildcard sebelum ini membenarkan satu slot untuk lelaki dan satu slot untuk atlet wanita tetapi kali ini hanya satu sahaja diberikan dan boleh bertanding dalam acara 100m, 800m dan maraton.

“Berat untuk membuat keputusan ini namun KOM telah bermesyuarat semalam dan wildcard diberikan kepada Azeem. Diharapkan semua pihak melihatnya secara positif.

“Atlet yang dipilih diharapkan memberi aksi cemerlang manakala yang tidak dipilih berusaha untuk lebih cemerlang,” katanya kepada media dalam satu sidang media khas di Parlimen, hari ini.

Azeem adalah pemegang rekod kebangsaan 100m dengan catatan 10.09saat (s) yang dilakukan ketika Kejohanan Olahraga Bawah 20 Tahun Dunia di Colombia pada 2022.

Shereen pula awal bulan lalu memperbaharui rekod kebangsaan 400m miliknya menerusi catatan 51.79s ketika melakukannya di Music City Track Carnival di Tennessee, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, kedua-dua atlet tersebut gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris secara merit berdasarkan had kelayakan masa ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN