DIPUTERAKAN pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Sultan Ibrahim merupakan putera sulung Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah. Baginda dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ) di Istana Besar Johor pada 3 Julai 1985. Baginda pernah dilantik sebagai Pemangku Raja pada 25 April 1984 semasa ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelapan. Selepas kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Ibrahim…