KUALA LUMPUR: Satu sistem biometrik sedang dibangunkan bagi kaedah pengecaman muka untuk memudahkan urusan kawalan sempadan negara. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, KDN melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membangunkan sistem biometrik itu dengan keupayaan kecerdasan buatan (AI). Jelas Shamsul, sistem tersebut dinamakan sebagai Automated Biometric Identification System (IBIS) sebagai sebahagian komponen projek Pembangunan dan Perolehan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe). “Sistem ini dijangka sedia…










