KOTA KINABALU: Rakyat Sabah memerlukan pemimpin yang boleh menangani isu-isu rakyat bukan pemimpin yang sekadar memainkan sentimen ‘Sabah for Sabahan’.
Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, sentimen sebegitu telah dimainkan sejak dahulu lagi dan jika dilihat Sabah pernah diperintah oleh parti tempatan sebelum ini.
Namun, masalah seperti jalan raya dan bekalan air masih berlaku sehingga hari ini.
“Sabah telah dipimpin oleh parti tempatan sejak dari zaman Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Warisan (Warisan).
“Kenapa kita ma sih mahu mewariskan masalah sama.
“Masalahnya bukan parti tapi pemimpin yang penting untuk mengangkat masalah rakyat dalam mengurus isu kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air, jalan raya, sekolah dan klinik,” katanya sempena sesi taklimat peraturan Persidangan Bersatu bagi Sabah dan Sarawak, semalam.
Menurut beliau, jika ingin membangunkan Sabah, bukan sentimen politik yang harus diperjuangkan sebaliknya, rak yat Sabah memerlukan kepimpinan negeri yang boleh mengangkat dan menyelesaikan masalah rakyat.
Ahli Parlimen Beluran berkata, menje lang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Bersatu telah me mutuskan untuk bertanding di bawah logo Perikatan Nasional (PN).
“Kita bukan asing bertanding atas logo PN dalam pilihan raya negeri yang lalu dan Hajiji (Datuk Seri Hajiji Noor) juga bertanding menggunakan logo PN. Malah, pada PRU lalu saya tan ding atas logo PN,” katanya.- UTUSAN










