Bawa inti pati kesihatan, kecantikan di udara

Bawa inti pati kesihatan, kecantikan di udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPENA tiga dekad perjalanannya, Watsons Malaysia melakar sejarah sebagai peruncit pertama di negara ini yang membawa intipati kesihatan dan kecantikan di udara.

Ia direalisasikan menerusi kerjasama dengan syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia, AirAsia baru-baru ini.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Pengarah Eksklusif Serantau Watsons Antarabangsa, Caryn Loh berkata, inisiatif itu selaras misi penjenamaan, membeli-belah dan penglibatan dalam penerbangan.

Katanya, dalam masa sama ia membuktikan komitmen Watsons terhadap inovasi dan penglibatan pelanggan sekali gus menetapkan standard baharu untuk sektor runcit.

“Sepanjang 30 tahun dalam industri, pelbagai kejayaan diraih hingga mampu menjadi jenama runcit dalam dan luar talian nombor satu pilihan pelanggan.

“Kerjasama terbaharu ini sangat unik kerana kedua-dua pihak berkongsi matlamat sama iaitu mahu melonjakkan kembali industri pelancongan tempatan dan antarabangsa menerusi penyediaan kemudahan serta nilai yang akan memberi pengalaman baharu kepada pelanggan,” katanya selepas majlis sambutan di Sepang, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Kumpulan AS Watson, Dominic Lai dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Malina Ngai.

Kekerapan penerbangan pesawat berjenama Watsons yang menampilkan maskot kucing, Unik itu dijadualkan sebanyak empat kali sehari meliputi domestik dan antarabangsa.

Menggabungkan dunia perjalanan dengan alam penjagaan diri, produk Watsons seperti tisu muka, set penjagaan kulit dan penyembur mulut akan tersedia sebagai tawaran membeli-belah dalam penerbangan.

Menurut Caryn, penumpang boleh membeli-belah dan melihat tawaran menarik semasa dalam penerbangan menerusi kaedah mengimbas kod QR.

Selepas mendarat, mereka boleh membeli barangan dan menghantarnya ke depan pintu melalui penghantaran ekspres atau dikutip di mana-mana kedai pilihan.

Ia meliputi barangan penjagaan peribadi, kulit dan produk kesihatan berkualiti tinggi.

Watsons merangkul anugerah platinum tertinggi dalam kategori runcit dan pemasar terbaik putra pada Anugerah Jenama Putra 2024, yang merupakan kemenangan kali ke-10 berturut-turut sejak 2014.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×