Dua beregu Malaysia ke suku akhir

Dua beregu Malaysia ke suku akhir

PASANGAN beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mencerahkan peluang mereka untuk mara ke suku akhir Sukan Olimpik 2024 selepas mencatat kemenangan kedua berturut-turut. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke suku akhir selepas mengetepikan lawan masing-masing dalam aksi peringkat kumpulan pada Sukan Olimpik di Paris, Perancis, hari ini.

Beregu lelaki yang menghuni ranking No. 5 dunia, Aaron-Wooi Yik mencatat kemenangan straight set ke atas pasangan Kanada, Nyl Yakura-Adam Dong 21-10, 21-15 di Arena Porte De La Chapelle dalam perlawanan kedua Kumpulan A.

Gandingan yang menjadi sandaran pingat emas pertama negara itu bakal turun ke gelanggang pada Selasa berdepan beregu No. 1 dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang dari China untuk aksi terakhir peringkat kumpulan bagi menentukan juara dan naib juara.

Bagi saingan beregu campuran pula, pasangan No. 9 dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan Vinson Chiu-Jennie Gai dari Amerika Syarikat 21-15, 24-22 dalam masa 53 minit.

Walaupun melakar dua kemenangan berturut-turut, prestasi terumbang-ambing ditampilkan Tang Jie-Ee Wei amat membimbangkan.

Berdepan beregu No. 2 dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China dalam aksi terakhir Kumpulan D, esok, mereka tidak boleh lagi mengulangi persembahan sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN