KUALA TERENGGANU: Seramai 351 anggota polis akan ditugaskan bagi aksi separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dan Selangor di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini, Jumaat ini. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, penugasan itu bagi memastikan kelancaran perlawanan tanpa sebarang insiden tidak diingini. Beliau berkata, penyokong kedua-dua pasukan diingatkan agar mematuhi garis panduan keselamatan ditetapkan pihak berkuasa termasuk larangan membawa masuk…