DUSSELDORF: Ukraine menghidupkan peluang mereka untuk mara ke peringkat kalah mati Kejohanan Eropah (Euro) apabila menewaskan Slovakia 2-1 dalam aksi Kumpulan E di Arena Merkur Spiel, Dusseldorf. Slovakia terlebih dahulu berada di depan seawal minit ke-17 menerusi jaringan Ivan Schranz sebelum Mykola Shaparenko menyamakan kedudukan pada minit ke-54 selepas menyempurnakan hantaran lintang Oleksandr Zinchenko. Tersentak dengan gol penyamaan tersebut, Slovakia cuba mengatur serangan bagi menembusi gawang Ukraine namun gagal membuahkan…










