Saya sempat mengucap, mohon maaf kepada anak isteri - Azlee Senario - Utusan Malaysia

Saya sempat mengucap, mohon maaf kepada anak isteri – Azlee Senario

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya fikir mungkin tiba masa Tuhan ambil nyawa. Saya mengucap banyak. Minta Allah ampunkan dosa dan sempat cakap kepada isteri ampunkan dosa, jaga anak saya di Melaka.”

Demikian luahan pelawak dan pelakon, Azlee Senario ketika detik diserang sakit jantung sehingga dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh sebelum dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini.

Kongsi Azlee, 56, saat genting itu, dia masih sempat berfikir keadaan seorang lagi anaknya yang sedang menyambung pengajian di Melaka dan juga mengucap dua kalimah syahadah sambil ditemani isteri dan anak sulungnya.

“Ketika saya kena serangan jantung, dada rasa sangat sempit, panas terbakar dan susah bernafas. Saya pandang muka isteri dan anak sulung saya.

“Masa itu juga, fikiran saya teringkatkan anak yang belajar di kolej di Melaka. Mengucap saya sambil cakap ‘ya Allah, kalau mahu panjangkan umur, kau buatlah tetapi kalau nak ambil aku, aku tidak tahan aku reda’,” katanya sebak.

Azlee ditemui pemberita ketika majlis tayangan perdana filem Saka Perawan di sini baru-baru ini.

Tambah Azlee lagi, dia hampir menemui ajal namun kepantasan ahli keluarga dan bantuan para doktor memberinya peluang kali kedua untuk terus hidup.

“Saya bernasib baik, serangan itu berlaku di rumah. Isteri dan anak cepat-cepat bawa ke klinik.

“Allah sayangkan saya dan doktor kata kalau lambat lima minit, saya mungkin tiada dalam dunia ini.

“Saya amat bersyukur doktor selamatkan saya. Ada lebih kurang 15 orang yang rawat saya di IJN,” kongsinya.

Sementara itu, pelawak legenda itu berkata, ketika ini dia masih dalam pemantauan dan dinasihatkan untuk banyak berehat daropada melakukan aktiviti berat.

“Saya baru selesai menjalani prosedur angiografi dan pemasangan stent (tiub kecil). Masih dalam tempoh pemulihan. Biasalah kalau naik turun tangga mesti akan mengah.

“Namun, itulah yang bagus dan doktor pun nasihatkan kerap buat senaman,” jelasnya.-UTUSAN

Pada 5 Jun lalu, Azlee dikejarkan ke IJN kerana disahkan mempunyai masalah saluran darah pada jantung tersumbat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya