PBB kutuk AS-Iran sia-siakan peluang - Utusan Malaysia

PBB kutuk AS-Iran sia-siakan peluang

GAMBAR fail Antonio Guterres. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Sabtu mengaku amat kesal dan kecewa melihat kegagalan diplomasi susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran.

Menurut laporan Anadolu, beliau menekankan bahawa tiada alternatif yang berkesan selain penyelesaian aman terhadap pertikaian antarabangsa, 

Beliau turut menyatakan, dialog dan rundingan yang tulen adalah satu-satunya cara untuk mencapai keamanan berkekalan.

“Undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan mesti sentiasa dihormati. Kita sedang menyaksikan ancaman serius terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa.

“Tindakan ketenteraan membawa risiko mencetuskan rangkaian peristiwa yang tiada siapa dapat mengawalnya di rantau paling mudah tergugat di dunia ini,” katanya pada mesyuarat kecemasan Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Merujuk kepada pusingan terbaharu rundingan nuklear AS-Iran yang berakhir pada Khamis di Geneva, Switzerland, Guterres menyuarakan rasa amat kesal kerana peluang diplomasi itu disia-siakan.

Selepas rundingan tersebut, kedua-dua pihak menggambarkan suasana sebagai serius dan konstruktif dengan Oman menjadi pengantara.

“Alternatifnya adalah kemungkinan konflik lebih luas dengan akibat serius terhadap orang awam dan kestabilan serantau,” katanya, sambil menggesa semua pihak kembali segera ke meja rundingan, khususnya mengenai program nuklear Iran.

Serangan AS bersama Israel itu turut dikutuk oleh Kesatuan Eropah (EU), Russia, China, Qatar, Australia, Norway, Afrika Selatan, India, Hamas, Turkiye, Jordan, Lubnan, Mesir, Pihak Berkuasa Palestin, Ukraine, Jawantankuasa Palang Merah Antarabangsa, Kesatuan Afrika dan New Zealand.

London menyatakan kebimbangan bahawa situasi itu boleh meningkat menjadi konflik serantau yang lebih meluas.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron menggesa supaya peningkatan berbahaya itu dihentikan, menyeru diadakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB. – AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN