Netanyahu ikrar tidak akan ada gencatan senjata sehingga Hamas

Netanyahu ikrar tidak akan ada gencatan senjata sehingga Hamas musnah 

ASAP berkepul berikutan letupan di Gaza, di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan kumpulan Islam Palestin Hamas, berhampiran sempadan Israel-Gaza, seperti yang dilihat dari Israel kelmarin. -REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata tidak akan ada gencatan senjata kekal di Gaza sehingga keupayaan tentera dan pemerintahan Hamas musnah.

Katanya, syarat Israel untuk menamatkan perang tidak berubah. 

“Kemusnahan tentera Hamas dan keupayaan mentadbir, membebaskan semua tebusan dan memastikan Gaza tidak lagi menimbulkan ancaman kepada Israel.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Israel akan terus menegaskan syarat ini dipenuhi sebelum gencatan senjata kekal dilaksanakan. Tanggapan bahawa Israel akan bersetuju dengan gencatan senjata kekal sebelum syarat ini dipenuhi adalah tidak benar,” katanya.

Jumaat lalu, kumpulan Hamas berkata pihaknya mempunyai pandangan positif terhadap kandungan cadangan gencatan senjata tiga fasa yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden untuk gencatan senjata kekal di Gaza.

Hamas mengesahkan kesediaannya dengan sebarang cadangan yang berdasarkan gencatan senjata kekal dan pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Gaza, pembinaan semula Gaza dan kepulangan tebusan bersama dengan pemenuhan perjanjian pertukaran banduan yang tulen.

Hamas menunjukkan perubahan sikap beberapa bulan kebelakangan ini setelah menuduh AS berpihak kepada Israel dan menghalang percubaan untuk gencatan senjata.

“Hamas melihat kedudukan Biden kini lebih tertumpu kepada menekan Israel untuk kembali kepada rundingan dengan sikap berbeza atau mereka (Israel) boleh berisiko bertempur dengan AS,” kata seorang pegawai Palestin yang rapat dengan usaha pengantaraan kepada Reuters.

Pertelingkahan antara Biden dan Netanyahu mengenai garis merah di Gaza mencetuskan potensi pertembungan antara kedua-dua pemimpin itu, menimbulkan persoalan sama ada AS mungkin menyekat bantuan ketenteraan jika Israel meneruskan serangannya di kawasan yang kini musnah.

Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata bahawa Israel memberi kuasa kepada pengantara untuk membentangkan perjanjian gencatan senjata Gaza selepas Biden mendedahkan butiran rancangan gencatan senjata.

Pihak berkuasa kesihatan Palestin menganggarkan lebih 36,280 orang terbunuh di Gaza sejak Israel menyerang kawasan itu sebagai tindak balas kepada serangan Hamas pada 7 Oktober lalu di selatan Israel. 

Serangan Hamas membunuh kira-kira 1,200 orang, menurut pengiraan Israel. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini