STUTTGART: Sejarah bakal tercipta jika Scotland berjaya menewaskan Hungary dalam aksi terakhir Kumpulan A Kejohanan Eropah (Euro) 2024 sekali gus layak ke pusingan kalah mati buat kali pertama. Scotland dijadual bertemu Hungary di Arena Stuttgart pada awal pagi esok (waktu Malaysia). Sebanyak 11 kali percubaan dilakukan, lapan pada Piala Dunia dan tiga di Euro namun Scotland masih gagal melepasi peringkat kumpulan. Scotland diramal untuk tersingkir lebih awal selepas skuad kendalian…