RIYADH: Syarikat Al-Zamazma mengagihkan lebih 35 juta botol air zamzam ke kawasan kediaman dan pusat penerimaan tetamu di seluruh Mekah, lapor Saudi Press Agency.
Usaha itu adalah sebahagian daripada komitmen berterusan untuk memastikan jemaah haji mendapat akses mudah air suci itu sepanjang perjalanan haji mereka.
Air zamzam itu diagihkan melalui platform digital Zamzam yang diintegrasikan dengan platform Nusuk, Kementerian Haji dan Umrah.