Hamas masih aktif gali terowong? - Utusan Malaysia

Hamas masih aktif gali terowong?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Beberapa penganalisis ketenteraan menimbulkan persoalan sama ada pejuang Hamas di Semenanjung Gaza masih aktif menggali terowong sebagai sebahagian daripada strategi pertahanan dan serangan hendap terhadap tentera Israel.

Jawapan penuh mengenai taktik sebenar Hamas kemungkinan besar hanya akan diketahui sejurus perang dengan tentera Israel berakhir, lapor The Palestine Chronicle.

Operasi penentangan baharu di kawasan kejiranan Tal Al-Sultan di Rafah, bagaimanapun, mungkin menawarkan beberapa petunjuk mengenainya.

Menerusi perkongsian video dalam saluran Telegram Resistance, Hamas mendokumentasikan sebahagian daripada operasi yang bermula dengan beberapa pejuang menggali terowong di bawah bangunan.

Penghujung terowong itu adalah lokasi di tengah jalan, di jalan Al-Bahar iaitu laluan aktif kenderaan tentera Israel di kawasan itu.

Sejurus itu, letupan besar berlaku dan akhirnya menunjukkan imej lubang besar di dalam tanah yang menyebabkan tangki musnah.

Susulan serangan itu, kiriman teks mengiringi video berkenaan yang disampaikan dalam platform itu.

“Pejuang Al-Qassam mengadakan serangan hendap penuh teliti untuk menyerang rejim Zionis berperisai dan menyediakan lombong letupan khas dengan kuasa letupan yang besar.

“Ia ditanam di bawah laluan itu selepas beberapa hari pengawasan di Jalan Al-Bahar, selatan kejiranan Tal Al-Sultan di barat bandar Rafah.

“Apabila tentera Israel melalui kawasan itu, pada awal pagi ini (semalam), sebuah kereta kebal Merkava yang berada di atas lombong itu diletupkan serta-merta. Kereta kebal itu musnah bersama tentera di dalamnya.

“Operasi untuk memindahkan mayat tentera yang maaut dan serpihan kereta kebal itu berlangsung selama beberapa jam,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN