Dua warga Indon mengaku bersalah samun, larikan RM30,000

Dua warga Indon mengaku bersalah samun, larikan RM30,000

DUA lelaki warga Indonesia diiringi anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Dua lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan samun berkumpulan dan melarikan wang RM30,000 milik seorang lelaki tempatan, Mei lalu.

Tertuduh, Ari Kustiawan, 35; dan Ripki, 41 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka secara bersama-sama telah melakukan samun berkumpulan tanpa senjata dengan motosikal terhadap seorang lelaki berusia 65 serta melarikan wang berjumlah RM30,000.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah syarikat di Bandar Perda, Bukit Mertajam di sini pukul 3.20 petang pada 30 Mei lalu.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika prosiding, Wan Amira bagaimanapun tidak menawarkan jaminan atas faktor kedua-dua tertuduh bukan warga tempatan.

Hakim yang bersetuju dengan permohonan itu kemudiannya menetapkan 12 Julai depan untuk mengemukakan fakta dan hukuman ke atas kedua-dua tertuduh.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN