AS mula cuak, lihat kerjasama keselamatan Russia, Vietnam

AS mula cuak, lihat kerjasama keselamatan Russia, Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Presiden Russia, Vladimir Putin berhasrat untuk membina ‘seni bina keselamatan yang boleh dipercayai’ di rantau Asia-Pasifik semasa lawatan rasmi ke Vietnam, Khamis lalu. 

Jelasnya, kerjasama itu tidak perlu menggunakan sebarang kekerasan dan menyelesaikan pertikaian secara aman tanpa ruang untuk ‘blok tentera-politik tertutup’. 

Russia dan Vietnam menandatangani perjanjian mengenai isu tenaga dan menggariskan pivot Moscow ke Asia selepas Barat mengenakan sekatan terhadap Moscow. 

“Kami komited teguh untuk memperdalam perkongsian strategik komprehensif dengan Vietnam, yang kekal antara keutamaan dasar luar Rusia,” kata Putin dipetik media Rusia.

Lawatan ke Asia itu dilihat sebagai menunjukkan penentangan terhadap Barat. 

Presiden Vietnam memuji Putin kerana menyumbang kepada ‘keamanan,kestabilan dan pembangunan’. 

Bagaimanapun, kunjungan Putin mengundang kritikan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya yang melabelkan pemimpin Russia itu sebagai paria.

Ini kerana, Putin tidak perlu memberi sebarang justifikasi untuk mempertahankan tindakan melancarkan perang di Ukraine.   

Pada sidang akhbar bagi mengakhiri perjalanannya, Putin menuduh Pakatan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mencipta ancaman keselamatan terhadap Russia di Asia, lapor agensi berita Russia, Tass. 

AS MULA CUAK 

Sejurus lawatan Putin, tidak semena-mena Washington mahu mempererat hubungan dengan Hanoi bagi mengatasi persaingan dengan China. 

Washington mengumumkan Diplomat Tertingginya di Asia Timur, Daniel Kritenbrink akan melawat Vietnam pada Jumaat dan Sabtu bagi menekankan komitmen Washington untuk bekerjasama dengan Hanoi serta memastikan wilayah Indo-Pasifik yang ‘bebas dan terbuka’.

Ketika disoal sama ada AS percaya Putin akan mendapatkan sokongan untuk perang Ukraine dari Vietnam, Jurucakap Keselamatan Negara White House, John Kirby berkata, pihaknya yakin Hanoi akan terus mematuhi prinsip Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai penghormatan terhadap integriti wilayah. 

“Kami akan terus fokus untuk terus meningkatkan, meluaskan dan memperbaiki hubungan dengan Vietnam bagi faedah bersama antara satu sama lain di rantau ini,” katanya. 

AS kini merupakan pasaran eksport Utama Vietnam.

Jabatan Negara AS mengumumkan lawatan Kritenbrink akan ‘menegaskan semula sokongan AS untuk Vietnam yang kuat, bebas, berdaya tahan dan makmur’ sekaligus menzahirkan komitmen kukuh AS untuk melaksanakan Perkongsian Strategik Komprehensif AS-Vietnam. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN