Tentera Russia masuk pangkalan udara dikuasai AS di Niger

Tentera Russia masuk pangkalan udara dikuasai AS di Niger

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pasukan tentera Russia dilaporkan sudah memasuki pangkalan udara di Niger yang dikuasai oleh tentera Amerika Syarikat (AS).  

Maklumat itu didedahkan oleh pegawai kanan pertahanan AS yang memaklumkan pergerakan itu susulan keputusan junta Niger yang mahu menyingkirkkan tentera AS di negara itu. 

Beliau berkata, pihaknya sudah memberitahu kerajaan AS supaya mengundurkan 1,000 anggota tentera dari negara itu, sejak rampasan kuasa tahun lalu. 

“Tentera Russia tidak bertemu dengan tentera AS kerana menggunakan hangar berasingan di Pangkalan Udara 101, di sebelah Lapangan Terbang Antarabangsa Diori Hamani di Niamey. 

“Tindakan tentera Russia duduk dalam jarak yang dekat dengan tentera AS itu dibuat ketika konflik ketenteraan dan diplomatik di Ukraine semakin meruncing,” katanya lapor Reuters. 

Pegawai AS itu berkata, kira-kira 60 anggota tentera Russia berada di Niger, namun jumlah sebenar tidak dapat disahkan. 

Selepas rampasan kuasa oleh kumpulan pemberontak, tentera AS memindahkan pasukannya dari Pangkalan Udara 101 ke Pangkalan Udara 201 di bandar Agadez. 

Tentera AS bersama tentera Niger bekerjasama bagi menentang pemberontak sehingga menyebabkan ribuan terbunuh dan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal. 

AS dan negara sekutu dipaksa untuk memindahkan tentera keluar dari beberapa negara Afrika berikutan rampasan kuasa yang mahu menjauhkan diri dari negara Barat. 

Sejak beberapa hari lalu, AS sudah meninggalkan Chad, manakala tentera Perancis dihalau keluar dari Mali dan Burkina Faso. 

Pada masa sama, Russia berusaha mengukuhkan hubungan dengan benua Afrika kerana dianggap sebagai negara mesra tanpa dilabel sebagai penjajah. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×