Syarikat swasta serahkan surat kepada RTM

Syarikat swasta serahkan surat kepada RTM

SAINGAN Euro 2024 sudah tidak lama bakal menemui peminat-peminat pada Sabtu ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi syarikat gergasi negara sebulat suara akan menyerahkan surat tunjuk minat dan selepas beberapa penambahbaikan dalam dokumentasi selesai sebelum diserahkan kepada pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) esok.

Menurut sumber syarikat itu, kesemua Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi cukup teruja untuk memastikan hak siaran langsung Euro 2024 dapat dibawakan secara percuma buat jutaan rakyat Malaysia menonton aksi terhebat pasukan-pasukan handalan Eropah itu.

Kata wakil syarikat itu, beberapa tambahan maklumat sudah dimasukkan dalam kertas dokumentasi itu dan akan dihantar esok sebelum disusuli satu kenyataan media selepas itu.

“Pada hari ini, ahli lembaga pengarah syarikat gergasi bersama pengerusi telah memberi kelulusan akhir untuk penajaan ini.

“Ada beberapa penambah baikkan dalam surat dan dokumentasi sebelum dihantar kepada pihak RTM, dan ia akan diserahkan esok.

“Selepas itu barulah satu kenyataan media akan dikeluarkan. Perkara ini (kenyataan media) akan berlaku selewat-lewatnya, kalau tak ada aral melintang esok akan dimaklumkan.

“Kelewatan sehari ini kerana ada sedikit perubahan dalam dokumentasi,” kata sumber syarikat itu sekaligus pemakluman media yang dirancang hari ini ditunda esok.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan impian jutaan rakyat Malaysia untuk menyaksikan aksi terulung saingan bola sepak Eropah semakin hampir apabila syarikat gergasi tempatan sudah menyiapkan dokumentasi diperlukan untuk menaja hak siaran langsung Euro 2024.

Menerusi laporan meluas akhbar dan portal media tempatan sebelum ini, difahamkan syarikat konglomerat terbesar negara cukup berminat dan bersedia untuk menaja sepenuhnya siaran langsung Euro 2024 itu bagi memastikan rakyat Malaysia menontonnya secara percuma.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bersedia mempertimbangkan untuk mendapatkan hak siaran Euro namun beliau perlu merujuk terlebih dulu kepada Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman berhubung perkara itu.

Beliau mengakui kejohanan berkenaan mempunyai pengikutnya tersendiri, namun penelitian secara mendalam perlu dilakukan terutamanya kerana ia bakal melibatkan kos yang tinggi.

Saingan Euro 2024 dijangka berlangsung sengit membabitkan 24 pasukan bertanding termasuk juara bertahan Itali akan mempertahakna mahkota kejuaraan dimenangi edisi lalu.

Selain itu, pasukan bertaraf bintang England, Perancis, Belanda, Belgium dan banyak lagi pasukan handalan Eropah bakal mempertaruhkan bintang bola sepak masing-masing bagi memburu status sebagai Raja Eropah.

Sebanyak 42 aksi peringkat kumpulan dan 15 perlawanan pusingan kalah mati dengan membabitkan 57 aksi secara keseluruhan bakal disajikan pada edisi kali ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya