Suspek bunuh wanita Singapura tertekan tak boleh cakap Sepanyol

Suspek bunuh wanita Singapura tertekan tak boleh cakap bahasa Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MURCIA: Suspek lelaki yang membunuh wanita warga Singapura di Sepanyol sentiasa ditemani oleh banduan yang boleh berbahasa Inggeris di dalam penjara. 

Mitchell Ong, 43, ditahan sebelum perbicaraan di Penjara Sangonera, Murcia. 

Suspek ditahan pada 16 April lalu, berhubung kematian Audrey Fang yang  ditemukan dengan 30 kesan tikaman, lapor Channel News Asia. 

Difahamkan, suspek hanya menerima lawatan dari peguamnya, Carolina Florez de Quinones di penjara.  

Bercakap menerusi telefon, Khamis lalu, katanya, Ong berada dalam keadaan tertekan dan tidak boleh berbahasa Sepanyol. 

“Dia ditemani oleh banduan yang dipercayai yang fasih berbahasa Inggeris serta membantunya menjalani rutin asas harian di dalam penjara,” katanya. 

Menurutnya, Ong belum memberikan kenyataan kepada pihak berkuasa berhubung kes pembunuhan itu. 

Undang-Undang Sepanyol juga membenarkan suspek untuk tidak berbuat demikian. 

Buat masa ini, tiada rancangan untuk suspek membuat kenyataan secara sukarela. 

Menurut sumber yang rapat dengan penyiasatan, suspek tidak mempunyai kaitan dengan wilayah Murcia iaitu tempat mayat Fang ditemukan, atau dengan Alicante iaitu tempat tinggal ketika dia ditangkap kerana Ong memasuki negara ini sebagai pelancong.  

Mangsa wanita itu menginap di Hotel Ritual de Tierra di Javea semasa melancong bersendirian ke Sepanyol. 

Pada 9 April lalu, wanita itu meninggalkan barang-barangnya di dalam bilik sebelum dijemput menaiki sebuah kereta di hotel. 

Keesokan harinya, mayat dengan 30 kesan tikaman ditemukan berhampiran tempat letak kereta di bandar Abanilla, kira-kira 150 kilometer dari hotelnya. 

Pihak berkuasa belum mengesahkan motif pembunuhan tersebut. 

Sebelum ini, polis mengesyaki kes pembunuhan itu berkemungkinan bermotifkan ‘ekonomi’. 

Ia susulan keluarga Fang mendapati mangsa pernah membeli polisi insurans daripada suspek pada 2015. 

Mereka menemukan dua polisi berkaitan pelaburan daripada syarikat insurans AIA yang dijual oleh ejen bernama Ong Cheong Yi, iaitu nama Cina, Micthell Ong. -CNA   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya