Serangan Rafah: Ramai tentera IDF terkorban - Utusan Malaysia

Serangan Rafah: Ramai tentera IDF terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAFAH: Briged Al-Qassam dilaporkan berjaya melancarkan serangan balas terhadap Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di Markas Medan IDF di Saad Sayel, timur Rafah.

Pasukan briged juga dikatakan berjaya menyusup masuk ke dalam markas itu dan meletupkan periuk api di dalamnya. Setakat ini, media tempatan mengesahkan sepasukan IDF terkorban dan cedera dalam letupan itu.

Sebanyak dua buah kereta kebal Merkava milik IDF turut diserang oleh pasukan briged, selain sebuah kereta perisai musnah dalam serangan itu.

Unit 669 IDF digerakkan untuk memindahkan mangsa yang terbunuh dan cedera.

Dalam pada itu, media Israel dilaporkan memohon doa orang ramai selepas laporan serangan Briged Al-Qassam yang menyebabkan ramai anggota IDF terbunuh dan mengalami kecederaan di Masjid Al Dawa, timur Rafah.

Serangan tentera Israel di bandar Rafah sejak semalam menyebabkan pesakit dan petugas hospital dipaksa keluar hospital di seluruh bandar itu selepas serangan semakin tegang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya