PM India, Modi buang undi di Gandhinagar

PM India, Modi buang undi di Gandhinagar

NARENDRA Modi berjalan bersama Amit Shah, Menteri Dalam Negeri India dan pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah India pada hari beliau mengundi, di luar pusat mengundi semasa fasa ketiga pilihan raya umum, di Ahmedabad, India, hari ini. -REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AHMEDABAD: Perdana Menteri India, Narendra Modi mengundi awal ketika India mengadakan fasa ketiga pilihan raya umum besar-besaran walaupun dalam musim panas yang terik.

Modi membuang undi di kawasan Gandhinagar di mana orang nombor duanya, Menteri Dalam Negeri, Amit Shah, adalah calon Bharatiya Janata Party (BJP).

Negara paling ramai penduduk di dunia itu mula mengundi pada 19 April lalu dalam pilihan raya sebanyak tujuh fasa di mana hampir satu bilion orang layak mengundi dengan undi ditetapkan untuk dikira sepenuhnya pada 4 Jun ini.

Modi sedang mencari kemenangan penggal ketiga berturut-turut bagi parti yang diwakilinya, BJP dengan pakatan lebih 24 parti pembangkang. 

Tinjauan penganalisis  mencadangkan Modi akan memenangi dengan majoriti selesa.

“Saya menyeru semua rakyat mengundi beramai-ramai dan meraikan perayaan demokrasi. Kepada semua yang bekerja di tengah panas ini, saya menyeru agar menjaga kesihatan dan minum air secukupnya,” kata Modi sejurus selepas mengundi di rumahnya di Gujarat.

Di tempat membuang undi, Modi dikelilingi oleh ratusan penyokong dan ahli parti.

Kempen Modi bermula dengan mempamerkan rekod ekonomi, langkah kebajikan, kebanggaan negara dan populariti peribadinya.

Tetapi beliau mengubah taktik selepas fasa pertama pengundian pada 19 April lalu dan lebih menumpukan pada meningkatkan pangkalan Hindu BJP dengan menyerang pesaing sebagai pro-Islam walaupun tinjauan mengatakan pekerjaan dan inflasi adalah kebimbangan utama pengundi.

Dalam temu bual dengan penyiar Times Now yang disiarkan pada hari Isnin, Modi berkata,  beliau tidak menentang Islam dan mahu masyarakat memikirkan pertumbuhan masa depan mereka semasa mereka mengundi. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN