Peringatan buat Taiwan, fakta dasar ‘satu China’ tidak berubah

Peringatan buat Taiwan, fakta dasar ‘satu China’ tidak berubah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China mendakwa politik dalaman Taiwan tidak akan mengubah fakta bahawa ia adalah sebahagian dari negara republik itu. 

Amaran itu sekali gus menunjukkan usaha ke arah mencapai kemerdekaan pulau itu gagal selepas Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu. 

Disoal mengenai pelantikan Ching-te Isnin lalu, Jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin berkata, usaha kemerdekaan Taiwan akan menemukan jalan buntu. 

“Tidak kira apa yang dilakukan, usaha mengejar kemerdekaan dan pemisahan Taiwan dari China pasti akan gagal. 

“Tidak kira bagaimana keadaan politik dalaman di Taiwan berubah, ia tidak akan mengubah fakta sejarah dan undang-undang mengenai kedua-dua belah selat itu adalah milik China.

“Hari penyatuan lengkap China akan tiba akhirnya,” katanya.  

Ketika Ching-te mengangkat sumpah sebagai Presiden, media negara China melaporkan Beijing mengenakan sekatan terhadap tiga syarikat pertahanan Amerika Syarikat (AS) berhubung penjualan senjata ke Taipei. 

Walaupun AS secara rasmi mengiktiraf Beijing, negara itu adalah rakan kongsi dan pembekal senjata utama ke Taipei. 

Rangkaian media sosial China, Weibo turut menyekat tanda pagar yang merujuk kepada acara pelantikan Presiden Taiwan.  

Ia bertujuan menghalang acara rasmi itu menjadi sohor kini di platform yang digunakan oleh ratusan juta pengguna di China. 

China menganggap Taiwan adalah sebahagian dari wilayahnya dan berulang kali memberikan ancaman untuk mengawal pulau berkenaan. -AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya