Pelakon porno mengaku di mahkamah buat hubungan seks dengan

Pelakon porno mengaku di mahkamah buat hubungan seks dengan Trump 

DONALD Trump melihat Stormy Daniels disoal siasat oleh pendakwa raya, Susan Hoffinger semasa perbicaraan jenayah Trump atas tuduhan bahawa dia memalsukan rekod perniagaan untuk menyembunyikan wang yang dibayar untuk menutup mulut bintang lucah Stormy Daniels pada 2016, di mahkamah negeri Manhattan di New York. -REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK:  Bintang porno, Stormy Daniels menyifatkan pertemuannya dengan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada 2006 adalah dalam istilah yang tidak menarik pada sewaktu perbicaraan jenayahnya di mahkamah negeri Manhattan di sini hari ini.

Dia ketika memberi keterangan cuba untuk tidak memikirkan tentang seks semasa perkara itu berlaku dan bimbang ia akan diketahui umum.

Selama beberapa jam memberi keterangan, Daniels, 45, menawarkan keterangan yang memukau di kandang saksi tentang pertemuannya dengan Trump, 77 sekali gus menjelaskan mengenai perjanjian wang tutup mulut menjelang Pilihan Raya 2016.

Dia memberitahu juri bahawa hidupnya menjadi huru-hara  selepas pengaturan itu selain mengatakan dipulaukan dan diganggu di rumahnya.

“Siapa yang anda faham yang Trump maksudkan sebagai muka kuda dan sleazebag dalam keadaan ini?” pendakwa Susan Hoffinger bertanya kepadanya ketika dia memaparkan siaran media sosial oleh Trump.

“Saya,” jawab Daniels.

Keterangan Daniels hari ini memberikan kelebihan kepada peguam Trump untuk mendakwa berlaku perbicaraan salah dengan alasan bahawa butiran seperti kenyataannya bahawa Trump tidak memakai kondom, tidak mempunyai tujuan lain selain untuk menghasut juri. 

Hakim Juan Merchan bagaimanapun menafikan permintaan itu tetapi bersetuju bahawa beberapa keterangannya terlalu jauh tersasar.

Peguam Trump menyerang kredibiliti Daniels dan memarahinya tentang kenyataan tidak konsisten yang dibuat selama bertahun-tahun mengenai masanya dengan Trump.

Daniels juga mengakui bahawa dia membenci Trump dan mahu mengaut keuntungan daripada ceritanya. 

Penjelasannya tentang mengapa dia dedahkan kepada umum selepas tujuh tahun berdiam diri dan penafianmya juga tidak jelas.

Trump, calon Republikan untuk Presiden AS sekali lagi tahun ini.

Beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan memalsukan rekod perniagaan untuk menutup bayaran wang tutup mulut AS$130,000 (RM617,000) kepada Daniels dan menafikan melakukan hubungan seks dengan wanita itu. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN